Frequently Asked Question 🤔

Collection of questions that kept on coming in my DMs. All answers are based on my experience and knowledge unless stated.

Saya mengambil jurusan Sains Komputer di University of Edinburgh yang terletak di Scotland. Sewaktu pra-u, saya mengambil A-Level.

Bergantung pada syarat kelayakan yang ditetapkan di institusi yang anda mohon. Tapi kebiasaanya memerlukan subjek Matematik dan kadang-kadang Matematik Tambahan. Sila buat uji kaji sendiri.

Saya tiada cadangan sebenarnya. Tapi kebanyakan university di Malaysia okay sahaja, cuma kita perlu usaha sendiri banyak, jangan harapkan universiti. Tapi kalau nak cadangan, antaranya UTP, UKM, UiTM, UM, APU, dan lain-lain.

Setakat 2022, boleh je tiada masalah. Saya pun ambil jurusan Sains Komputer tanpa ada asas. Cuma akan sukar sikit pada awal pembelajaran.

Setakat 2022, memang banyak peluang pekerjaan dia. Anda bukan setakat boleh bekerja dalam negara, malah boleh ke luar negara jika usaha baik-baik.